h1

ekspresi

May 10, 2008
Rabu, 9 april, 2008
Penuh dgn bermacam-macam emosi. Tenang ada, marah ada, penat ada, malas ada, blurr ada dan etc etc etc. Dari semalam lagi, ku bermonolg sendirian ” aku penat, aku letih dgn tanggungjawab”. Tapi adakah aku punya pilihan samada mahu lakukan atau tidak. tidak sama sekali. This is the responsibility i have to hold. Bukan sekadar pegang malah aku harus laksanakan. setiap hari aku sentiasa rasa bersalah kerana tidak menjaga sepenuhnya amanahku sebagai hamlatul Qur’an. aku lemah. aku sentiasa dibawa arus dan dipukul ombak lalu hanyut ke sisiran pantai. aku perlukan seseorang untuk membimbing ku. Bukan kataku ibubapa ku tidak cukup, bukan sama sekali. hanya, aku yg jahil. aku yg sentiasa degil. ingkar akan nasihat ibu mahupon ayanda.
Aku anak sulong. Ini adalah lagi satu tanggungjawab besar yang aku pikul. menjaga adik2 dan memberi contoh yg baik. kadang kala aku sentiasa terlepas cakap dan kata2 itu penah sekali memakan diriku. DUA TAHUN adikku tak mahu bertegur dgn ku. Alhamdulillah, kini dia sudah mula membuka ruang komunikasi antara kami. Itu satu nikmat yg aku bersyukur teramat. betul kata pujangga ” Air dicincang tak akan putus”. Ini adalah Amanah aku yg kadang kadang buatku beban tapi aku pasrah.
Sehari dua banyak buatku berfikir akan tanggungjawab. aku sentiasa mengomel bila disuruh oleh ibuku untuk mengambil adik di sekolah, tolong photostat kan surat2 adikku, membeli makanan, jaga adik2 dan lain lain. kadang kadang aku rasa letih. tapi kerana aku anak sulong aku terima. memikirkan ketika kecil dahulu, ibubapa ku yang lakukan semua ini dan sekarang tiba masa aku mengambil alih tugas mereka. aku sedar, ini hanyalah sedikit jika nak dibandingkan apa yg mereka lakukan. oleh itu aku akur dgn nasibku. Petang tadi, setalah pulang ke rumah aku jumpa sepucuk surat untukku. daripada seseorang yg terlalu meminati ku walaupon telah ku katakan aku tidak suka padanya. aku meluat melihat tulisannya lalu aku bakar. aku tidak kejam! dia yg kejam sentiasa menyeksa dirinya sendiri. telah berulang ulang kali ku katakan hidup harus ke depan. Bunga bukan sekuntum tapi dia tetap berdegil. aku pohon ya Allah satu hari tutuplah hatinya dari ku, bukakan untuk seseorang yg layak bgnya. aku bukan kejam kerna suka melihat org tergila2 kn ku. aku kasihan! Setelah itu, aku naik ke kamar lantas mengambil sejambak bunga mawar yg sudah layu di atas meja ku dan membuangnya. aku mahu ke depan dan hilangkn rasa bersalahku terhadap Baem. aku juga pasti dia mahuku lakukan begitu. Aku letih dgn perasaan bersalah ini. aku mahu lepas dr segala perasaan yg menggangu hidup ku. cukup la Respiratory system’s Block aku jatuh dgn teruknya. Lepas cuti, aku berazam akan perbaiki keputusan aku. ada 2 block lagi dan aku takkan putus asa. Pergilah semua rasa bersalah dan penat. bangunlah! ini hidupmu, daripada meng-komplen alangkah bagusnya jika maju ke
hadapan!!

“I am tired of responsibilities but I will never abandon it”

Leave a Comment